Thursday, 27 July 2017

FILEM SYIRIK DAN KHURAFAT DARI FILEM. PENGARUHNYA KEPADA MASYARAKAT?




KHURAFAT DAN SYIRIK







Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)






Pengertiant Khurafadalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu Syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).
Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu


\
Image result for SYIRIK


Pada era modenisasi ini, rancangan hiburan tumbuh bak cendawan selepas hujan.Banyak filem-filem,rancangan televisyen dipaparkan tanpa sekad sempadan.Semua era usia boleh melihat atau terlihat hiburan ini sehingga mampu meninggalkan impak negatif dan positif.



Image result for khurafat




Antara yang menjadi pertikaian antara segelintir penggiat seni dan ahli agama,bolehkah filem yang mengandungi unsur khurafat dan syirik bolehkah ditayangkan kepada umum atau tidak.
Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram. Hal ini sebenarnya mendorong mereka berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui tontonan filem,seterusnya menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada mereka.Menurut tengku Intan (2001),mentaliti masyarakat Melayu masih lagi dibelenggu oleh unsur-unsur tahyul dan kurafat. Oleh yang demikian untuk menangani perkara tersebut,pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan bahan audio atau visual supaya tidak bercanggah dengan akidah islam.

Ciri-Ciri Khurafat Dan Tahayul Dalam Penerbitan


Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khuurafat dan tahayul sperti yang berikut:
  • Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas  syarak sama ada al-Quran atau hadis.
  • Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
  • Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam
Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada 'makhluk halus' bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan peyelewengan daripada akidah Islam.

Khurafat:

 Antara contoh perbuatan khurafat ialah :



     
Image result for SYIRIK

  • ·     Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
  • ·       Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
  • ·     Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.
  • ·      Jika bunga teratai berkembang, hal ini pertanda bahwa dewa-dewa turun memberkatinya. Orang India mempersembahkan bunga teratai putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai merah untuk Dewa Brahma, dan bunga teratai biru untuk Wishnu.
  • ·      Orang-orang Budha beranggapan bahwa jika bunga teratai tengah berkembang berarti roh-roh Budha tengah bersukaria.
  • ·   Orang-orang China beranggapan bahwa dengan membuat bubur kacang merah pada sembahyang Tang Ceh, roh-roh jahatpun akan pergi terusir.
  • ·  Cabai merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti.
  • ·      Jika terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.
  • ·      Orang-orang China pada upacara Peh Cun menaruh rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas pintu, agar roh orang suci yang membunuh diri turun memberkati si empunya rumah.
  • ·   Jika sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah, dianggap roh Yesus akan turun memberi pengampunan.
  • ·     Jika anak-anak kecil terserang penyakit perut digantungkanlah sepotong aur kuning pada leher anak itu karena menganggap aur kuning dapat menolak penyakit.
  • ·    Mengambil daun pisang beserta pelepahnya pada petang hari dianggap dapat menyebabkan kematian dalam perjalanan.
  • ·   Pohon anjuang yang di tanam di sawah dan ladang dianggap dapat mengusir hantu pembawa hama tanaman. Pohon anjuang yang ditanam di kuburan dianggap dapat menghindarkan gangguan hantu kubur pada roh-roh mati dalam kuburan.
  • ·      Pohon leci yang tengah berbuah dianggap sebagai pertanda roh-roh nenek moyang tengah berpesta pora.
  • ·   Merangkai bunga melati pada malam hari dianggap dapat menghadirkan roh-roh gadis remaja.
  • ·   Burung hantu yang bersuara pada malam hari dianggap sebagai pertanda akan ada perempuan melahirkan.
  • ·      Kupu-kupu yang masuk ke rumah dianggap sebagai pertanda akan datang seorang tamu.
  • ·     Burung hamah yang bersuara dianggap sebagai pertanda akan terjadi pembunuhan balas dendam
  • ·Mempercayai bahwa berjabat tangan dengan orang yang pernah berjabat tangan dengan orang yang secara berantai sampai kepada orang yang pernah berjabat tangan dengan Rasulullah akan masuk surga.
  • ·   Mendapatkan barakah dengan mencucup tangan para ulama. Demikian itu dikerjakan dengan kepercayaan bahwa berkah Allah kepada ulama itu akan berlimpah kepadanya.
  • ·    Mempercayai beberapa ulama tertentu itu keramat serta menjadi kekasih Allah sehingga terjaga dari berbuat dosa. Andakata pun berbuat dosa, maka sekedar sengaja diperbuatnya untuk menyembunyikan kesucianya tidak dengan niat maksiat.
  • ·       Memakai ayat-ayat al-Qur’an untuk azimat menolak bala’, pengasihan dan sebagainya.
  • ·       Mengambil wasilah (perantara) orang yang telah mati untuk mendo’a kepada Allah. Mereka berziarah ke kuburan para wali dan ulama besar serta memohon kepada Allah agar do’a (permohonan) orang yang berziarah kuburnya itu dikabulkan. Ada yang memohon dapat jodoh, anak, rizki, pangkat, keselamatan dunia akhirat dan sebagainya. Mereka percaya dengan syafa’at (pertolongan) arwah para wali dan ulama itu, permohonan atau doa mesti dikabulkan Allah karena wali dan ulama itu kekasih-nya.



Image result for khurafat

Image result for SYIRIK









CARA MENGATASI KHURAFAT DAN SYIRIK DARI FILEM

1)Peranan Kerajaan

Kerajaan mestilah menghadkan dan memantau garis panduan dan menapis filem yang berunsur syirik dan khurafat kerana kerajaan mampu menahan dan mengelakkan filem ini berlayar di kaca televisyen.

2)Peranan Ibubapa

Ibubapa mesti memantau anak yang sedang menonton televisyen dan memberikan amaran kepada mereka supaya tidak menonton filem berunsur khurafat dan syirik yang ekstrimis.Memberikan bimbingan yang sewajarnya supaya tidak terkait dengan ilmu tahyul.

3)Peranan Guru

Di tempat pembelajaran guru perlu mengajar dan menegaskan bahayanya syirik dan khurafat serta apa kesan negatifnya sekiranya terjerumus ke lembah itu.

4)Peranan  Individu


Sebagai individu, kita seharusnya menghindarkan diri dari perkara yang melanggar perintah ALLAH S.W.T.Ketika melihat perkara ini kita seharusnya menasihati mereka yang lalai ini.Kita juga perlu pandai menggunakan teknologi untuk membantu mereka yang terkait dengan perkara haram ini.

ITU SAHAJA PERKONGSIAN SAYA PADA KALI INI.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABORAKATUH ;)


No comments:

Post a Comment